DUNIA SEJARAHKU
PENGASASAN MELAKA
  • Blog
  • About
  • Contact

Kronologi Kedatangan Paramesawara ke Melaka

7/23/2014

80 Comments

 
Picture
Ilustrasi wajah Parameswara
Parameswara ialah putera raja dari Palembang. Palembang ketika itu adalah dibawah naungan Majapahit. Parameswara telah dilahirkan pada tahun 1344. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya.
      Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha membebaskan Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Palembang.

Picture
perjalanan Parameswara ke Melaka
Parameswara telah melarikan diri ke Temasek, iaitu nama lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu, Temasek diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini menimbulkan kemarahan kepada Siam. Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira dua tahun.
Picture
singapura dikenali sebagai Temasik pada zaman dahulu
Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.
Picture
Picture
pelanduk putih menendang anjing buruan Parameswara
Pada suatu hari, Parameswara dan pengikutnya pergi berburu. Apabila kepenatan, Parameswara bersandar pada sepohon pokok.Tiba-tiba, anjing perburuan Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk putih dan anjing itu terjatuh ke dalam sungai. Parameswara  yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara berpendapat bahawa tempat itu sangat bertuah dan sesuai dijadikan negeri. Parameswara menamakan tempat itu berdasarkan nama pokok yang disandarnya, iaitu Melaka.
Picture
Picture
Peta minda kronologi kedatangan Parameswara ke Melaka
SOALAN KUIZ

1.Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?
A.Sultan Muzaffar Shah
B.Sultan Mansur Shah
C.Parameswara
D.Sultan Alauddin Riayat Shah


2. Dari manakah Parameswara berasal ?
A.Pasai
B.Aceh
C.Temasik
D.Palembang

3.Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan ________ di Temasik.
A.Palembang
B.Majapahit
C.Siam
D.Pasai

4. Temasik ialah negeri di bawah naungan kerajaan _______.
A.Palembang
B.Majapahit
C.Siam
D.Pasai

5. Apakah yang berlaku kepada Parameswara semasa berehat di bawah sepohon pokok?

A. Anjing pemburuannya berjaya menangkap seekor pelanduk putih.
B. Anjing perburuannya di kalahkan oleh seekor pelanduk putih
C. Anjing perburuannya di kalahkan oleh seekor anjing putih
D. Anjing perburuannya berjaya mengalahkan seekor anjing putih.


6. Nama Melaka di ambil sempena nama _________ 
A. Sebatang Pokok
B. Seekor Anjing
C. Sebatang Sungai 
D. Seekor Pelanduk putih.

80 Comments

    Dunia Sejarahku
    -blog sejarah pengasasan melaka oleh Parameswara

    Archives

    July 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.